GEORGE TOWN: Seramai 58 calon disahkan bertanding bagi merebut 13 kerusi Parlimen di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan kesemua kerusi menyaksikan pertembungan lebih dua penjuru.
Sebanyak tiga kerusi Parlimen bakal menyaksikan persaingan sengit apabila melibatkan pertarungan enam penjuru termasuk calon Bebas iaitu masing-masing di Jelutong; Bayan Baru dan Balik Pulau.
Persaingan sengit turut berlaku dalam merebut kerusi Parlimen Tasek Gelugor; Batu Kawan dan Bukit Bendera apabila menyaksikan pertandingan lima penjuru.
Sementara itu, kerusi Parlimen Kepala Batas; Bagan; Permatang Pauh dan Nibong Tebal pula menyaksikan pertandingan empat penjuru manakala perebutan tiga penjuru melibatkan kerusi Bukit Mertajam; Tanjong dan Bukit Gelugor.
Selain nama-nama besar yang mewakili blok parti dominan seperti Barisan Nasional (BN); Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), turut membuat kemunculan pertama kali pada PRU15 di Pulau Pinang ialah calon daripada Warisan; Pejuang dan Muda.
Sementara itu, enam individu turut mencuba nasib pada PRU15 kali ini apabila bertanding sebagai calon Bebas masing-masing dua di kerusi Parlimen Balik Pulau serta di kerusi Bayan Baru; Jelutong; Bukit Bendera; Nibong Tebal.
PRU15 di Pulau Pinang bakal melibatkan seramai 1,227,483 pengundi masing-masing 604,406 atau 49.24 peratus pengundi kaum Cina; 467,503 (38.09 peratus – Melayu) dan 10,466 (0.85 peratus – India). – UTUSAN