50 peratus keluar mengundi PRU15 - Utusan Malaysia

50 peratus keluar mengundi PRU15

PENGUNDI Parlimen P096 Kuala Selangor hadir menjalankan tanggungjawab sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas lima jam pusat pengundian dibuka, statistik terkini keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah 50 peratus setakat pukul 1 petang ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dijangka sebanyak 21,173,638 rakyat Malaysia mengundi hari ini dalam PRU15 bagi menentukan parti atau gabungan yang mendapat mandat membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Kempen PRU15 yang bermula pada 5 November berakhir tengah malam tadi dengan hari ini ditetapkan hari pengundian di seluruh negara.

PRU15 diadakan setelah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen selaras Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan pada 10 Oktober lalu.

Selain memilih 222 ahli Parlimen, PRU15, pilihan raya kali ini turut membabitkan tiga negeri iaitu Perlis, Perak dan Pahang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya