40 pengundi terjejas banjir naik lori Bomba ke pusat mengundi

40 pengundi terjejas banjir naik lori Bomba ke pusat mengundi

PENGUNDI dibawa menaiki lori bomba ke pusat mengundi di SK Rancangan Belia, Sook Keningau.-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENINGAU: Seramai 40 pengundi terpaksa menaiki lori bomba ke Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Belia, Sook akibat banjir yang melanda laluan utama ke pusat mengundi berkenaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata, susulan laluan utama ke pusat mengundi tersebut dinaiki air sehingga ke paras pinggang maka, pasukan Bomba membantu membawa kesemua pengundi ke pusat mengundi dengan selamat.

“Pasukan Bomba bertindak membantu mengambil pengundi dari simpang Kampung Rancangan Belia untuk dihantar ke pusat mengundi menggunakan lori Bomba.

“Kerja-kerja mengambil dan menghantar pengundi masih dijalankan sehingga kini,” katanya dalam satu kenyataan.

Pusat mengundi SK Rancangan Belia, Sook terletak di bawah kawasan Parlimen Pensiangan.

Setakat ini, tiga kawasan di Daerah Kecil Sook terjejas banjir termasuk Kampung Rancangan Belia serta Kampung Tiolon dan Kampung Kusinar.

Jelas beliau, pemantauan banjir dilakukan dari masa ke semasa dan setakat pukul 2 petang, belum ada sebarang pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya