4 tunjang tawaran Rina ubah Sepang

Empat tunjang tawaran Rina ubah Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Sepang, Datuk Seri Rina Mohd. Harun menawarkan empat tunjang tekad kepada warga kawasan ini untuk membawa perubahan sekiranya diberikan mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut beliau, fokus berkenaan adalah demi memastikan Agenda Sepang Prihatin menjadi kenyataan menerusi #TekadRina4Sepang.

Katanya, tawaran #TekadRina4Sepang dirangka berdasarkan input serta maklum balas daripada masyarakat di sini termasuklah komuniti, warga pendidik, kumpulan belia, pesara kerajaan, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), wanita dan usahawan.

“Tawaran ini meliputi aspek kebajikan kesejahteraan masyarakat, ekonomi, pendidikan, anak muda serta infrastruktur dan kemudahan awam. 

“Kesemua ini terangkum dalam empat tunjang iaitu, Anak Muda Sepang, Ekonomi Rakyat, Kebajikan Rakyat dan Pendidikan Berkualiti,” katanya menerusi Facebook beliau.

Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, dengan mengambil kira kepentingan dan keperluan setiap segmen masyarakat, kesemua tawaran itu adalah amat realisitik, menyeluruh serta komprehensif.

Katanya, ia sudah tentu mampu dilaksanakan dengan manfaatnya akan dinikmati dan dirasai oleh seluruh warga Sepang.

“Saya memahami perubahan yang diinginkan bagi melonjakkan Sepang ke tahap yang lebih tinggi. 

“InsyaAllah, saya akan usahakan yang terbaik untuk seluruh warga Sepang. Berilah kepercayaan dan mandat kepada saya berkhidmat untuk Sepang,” katanya. 

Antara yang dijanjikan Rina ialah membangunkan Kompleks Komuniti Sepang bagi anak muda, menjadikan Sepang pusat pelancongan, menggandakan usaha menangani banjir dan menyediakan sistem Smart Classroom Digital untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Kerusi Sepang menyaksikan persaingan lapan penjuru termasuk dua calon Bebas setelah penyandang, Mohamed Hanipa Maidin mewakili PH digugurkan daripada bertanding kali ini. 

Rina berdepan saingan daripada Anuar Basiran (BN), Datin Paduka Che Asmah Ibrahim (Pejuang) dan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Aiman Athirah dari Parti Amanah Negara (Amanah). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya