MACHANG: Seramai 3,000 penyokong Barisan Nasional (BN) hadir memberikan semangat kepada penyandang kerusi Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dalam usaha mempertahan kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ahmad Jazlan yang merupakan Pengerusi BN Kelantan tiba di pekarangan Pusat Penamaan Calon (PPC), Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Machang kira-kira pukul 8.50 pagi.
Terlebih dahulu, Ahmad Jazlan bersama penyokong berselawat secara beramai-ramai ke PPC.
Seorang lagi pencabar Ahmad Jazlan dari Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fasyhal Wan Kamal tiba pukul 8.30 pagi.
Dua lagi calon dari Pakatan Harapan, Dr. Rosli Allani S. Abdul Khadir tiba pukul 9 pagi dan calon Gerakan Tanah Air (GTA), Mejar (B) Muhamad Seman pukul 8.15 pagi.
Parlimen Machang bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru masing-masing calon dari BN, PN, PH dan GTA. – UTUSAN