3 syarikat Singapura kuasai eksport ayam

3 syarikat Singapura kuasai eksport ayam

Syarikat gergasi milik Singapura didakwa terlibat dalam mengeksploitasi kuota eksport ayam ke negara tambak itu. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekurang-ku­rang­nya tiga syarikat gergasi tem­patan yang mengeksport ayam ke Singapura dimiliki oleh entiti dari negara seberang tambak itu.

Mereka meng­eksploitasi kuo­ta eksport ayam hidup dari Ma­laysia ke negara jiran berkenaan.

Sebahagian besar saham ke­tiga-tiga syarikat itu disah­kan di­miliki oleh sya­rikat Singapura, malah salah satu daripada­nya dimiliki 100 peratus oleh pe­megang saham dari negara ji­ran itu.

Utusan Malaysia difahamkan, siasatan sedang dibuat terhadap ketiga-tiga syarikat ber­kenaan ke­rana disyaki meni­pu pengisytiha­raan jenis ayam yang dieksport ke Singapura.

Sumber industri mendedahkan, ketiga-tiga syarikat itu disyaki melakukan peni­puan dengan mengisytiharkan di pintu-pintu keluar negara, ko­nonnya ayam hidup yang mereka eksport ke Singapura adalah jenis ayam kampung atau color broiler, dan kononnya ini mematuhi kriteria eksport yang dibenarkan kerajaan Malaysia.

Sedangkan kata sumber, ayam yang dieksport itu merupakan ayam daging warna putih yang mana eksportnya dihadkan kerajaan, tapi pengisytiharan di pintu masuk mengesyaki mereka mendakwa ayam itu adalah jenis ayam kampung.

Untuk rekod, sejak 1 Oktober, Kabinet memutuskan bahawa eksport ayam yang sebelum ini disekat bagi menstabilkan bekalan domestik, mula dibuka de­ngan jumlah 50 peratus berban­ding 3.6 juta ekor ayam sebulan yang dibenarkan.

Menurut sumber, ada syarikat dikesan menggunakan kod eksport tertentu kononnya mereka mengeksport ayam hitam dan ayam kampung, tapi hakikatnya disyaki mengeksport ayam hidup warna putih.

“Walaupun memang dari segi kuota eksport, kerajaan luluskan 1.8 juta ekor sebulan, tapi saya difahamkan, pihak agensi sedang menyiasat satu trend dalam kalangan pengeksport ayam ini.

“Kuota 1.8 juta ini adalah ayam hidup. Agensi itu beritahu mereka nampak trend ada pengeksport yang mendaftarkan ayam hidup mereka sebagai ayam kampung atau color broiler, mereka isytiharkan kononnya ayam yang dieksport itu adalah color broiler. Jadi, color broiler ini, di pihak agensi tiada had, boleh eksport banyak mana pun.

“Saya difahamkan, ada agensi dapat kesan kebelakangan ini trend eksport ke Singapura itu terlalu tinggi. Sebab mereka pengeksport yang berkomplot ini, mereka menggunakan satu kod khas iaitu kod eksport ayam hidup.

“Jadi, ayam hidup dicampur dengan ayam daging, ayam kampung, ayam hitam. Inilah yang pihak agensi beritahu saya, mereka kesan ada ruang untuk aktiviti penghantaran ayam ke Singapura yang melibatkan ayam daging warna putih,” kata sumber di sini, semalam.

Menjelaskan lanjut, sumber berkata, ketiga-tiga syarikat yang beroperasi dalam negara itu, sebenarnya dikuasai oleh pemegang saham dari Singapura dan tidak hairan mereka tidak rasa bertanggungjawab pastikan bekalan domestik kekal stabil.

“Saya difahamkan bukan semua pemain gergasi buat. Ada tiga syarikat gergasi ayam saja terlibat dan mereka ini cukup licik. Pertama yang saya difahamkan yang melakukan permainan licik ini beroperasi di wilayah selatan sebab syarikat ini pemiliknya orang Singapura. Mereka eksport pula kepada Singapura, kepada syarikat induknya di sana.

“Kemudian syarikat lain di wilayah selatan tanah air juga disyaki terlibat. Ketiga, syarikat beroperasi di wilayah tengah. Saya difahamkan ada satu agensi sedang menyiasat syarikat-syarikat ini.

“Kemudian syarikat lain di wilayah selatan tanah air juga disyaki terlibat. Ketiga, syarikat beroperasi di wilayah tengah. Saya difahamkan ada satu agensi sedang menyiasat syarikat-syarikat ini. Kerana jumlah eksport ayam pihak mereka ke Singapura sekarang ini tiba-tiba terus tinggi.

“Ketiga-tiga syarikat ini ada kepentingan dengan Singapura. Sebahagian besar saham syarikat itu dimiliki oleh Singapura. Malah ada satu daripada tiga syarikat itu yang sahamnya 100 peratus milik penuh warga Singapura,” kata sumber.

Sejak April lalu, Utusan Malaysia melakukan pendedahan berhubung kewujudan kartel yang menguasai ekosistem bekalan ayam negara, apabila segelintir gergasi ternakan itu disyaki berkuasa mengawal dua juta ekor ayam berbanding keperluan 2.2 juta ekor sehari.

Pendedahan itu mendorong kerajaan pada Jun, bertindak menyekat eksport ayam ke Singapura bagi menstabilkan bekalan dan harga sumber protein itu di peringkat domestik. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya