3 pegawai Imigresen disyaki terlibat sindiket seludup migran

3 pegawai Imigresen ditahan disyaki terlibat sindiket seludup migran

KHAIRUL DZAIMEE Daud (tengah) menunjukkan pasport migran yang tidak dicap Imigresen ketika memasuki negara ini di KSAB, bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga pegawai Jabatan Imigresen ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyeludupan dan pemerdagangan manusia, melibatkan migran yang disenarai hitam kerajaan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kesemua mereka ditahan dalam beberapa operasi sejak 2 Oktober lalu.

“Semasa operasi pertama pada 2 Oktober lalu di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), pegawai terlibat ditahan dan disiasat yang mana kini berada dalam jaminan polis. Operasi kedua dijalankan pada 27 Oktober di Kota Bharu, Kelantan namun tiada penglibatan daripada pegawai Imigresen, manakala ketiga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 pada 1 November lalu, seorang pegawai imigresen direman dan akan dituduh.

“Terbaharu, di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) kelmarin, seorang lagi pegawai Imigresen disiasat,” katanya dalam sidang akhbar di BSI, di sini hari ini yang turut dhadiri Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir.

Khairul Dzaimee menegaskan, jabatan berkenaan tidak berkompromi dengan para pegawai dan kakitangan pegawai yang didapati bersalah dan tindakan buang kerja akan dikenakan.

Pada 12 Oktober lalu, Jabatan Imigresen t menahan seramai 25 migran Indonesia yang  disenarai hitam namun dibawa masuk oleh sindiket, manakala enam migran India ditahan di KLIA 2 pada 1 November lepas.

Sementara itu, 49 migran warga Myanmar termasuk 16 wanita pula ditahan di Kota Bharu dan kelmarin, seramai 12 migran warga Indonesia ditahan di BSI. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya