3 kes saman, 3 kertas siasatan dalam masa 6 bulan - Rafizi

3 kes saman, 3 kertas siasatan dalam masa 6 bulan – Rafizi

RAFIZI Ramli berucap pada Ceramah Mega Ayuh Malaysia Kita Boleh di Desa Pinggiran Putra, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan beliau sudah ada tiga surat saman dan tiga kertas siasatan sejak kembali ke kancah politik enam bulan lalu.

Menurutnya, beliau mengakui tidak bimbang dan takut, namun ketika ini beliau banyak menghabiskan masa dengan peguam bagi mengendalikan kes berkenaan.

“Orang lain sibuk dengan politik, saya pula sibuk dengan peguam,” katanya ketika berucap pada siri Ceramah Ayuh Malaysia, di Desa Pinggiran Putra, di sini malam tadi.

Katanya, beliau juga yakin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sudah habis modal untuk menyerangnya sehingga terpaksa menggunakan penjawat awam sebagai alat politik.

Rafizi yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Pandan berkata, BN dan PN mula menggunakan taktik untuk melemahkan dirinya.

“Saya dapati BN dan PN sudah mula menghantar pihak berkuasa untuk serbu dan tekan saya, itu tandanya mereka sudah tahu akan kalah,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus sedar bahawa PH yang menyelamatkan karier politik beliau pada 2016.

Menurutnya, PH yang ‘kutip’ Muhyiddin selepas dipecat oleh Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Perdana Menteri dan hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Masa kamu terpelanting, kami bawa bawa masuk PH dan bantu kamu ketika Bersatu parti baharu tidak ada apa-apa. 

“Yang kutip kamu adalah orang Melayu, Cina, Islam, India dan Buddha yang ada dalam PH,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya