3 calon bebas antara 8 calon rebut Parlimen Bangi

3 calon bebas antara 8 calon rebut Parlimen Bangi

Lapan calon yang sah bertanding bagi Parlimen P102 Bangi mengangkat tangan menandakan nombor calon di kertas undi di Pusat Penamaan Calon PRU15 di Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat, Bangi, Selangor. - UTUSAN/PETAH WAZZAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Parlimen Bangi menyaksikan tiga calon bebas bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekali gus menjadikan pertandingan lapan penjuru.

Tiga calon bebas terbabit adalah M. Suthan, Muhammad Fauzi Hasim dan Jamal Hisham Hashim.

Lima wakil parti pula adalah Syahredzan Johan (Pakatan Harapan), Chee Chee Meng (Parti Rakyat Malaysia), Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir (Perikatan Nasional), Annuar Salleh (Pejuang) dan Hoh Hee Lee (Barisan Nasional). 

Kesemua mereka yang tiba di Pusat Penamaan Calon PRU15 di Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat, Bangi di sini antara pukul 8.30 hingga 9.04 pagi sebelum disahkan bertanding pukul 10.30 pagi.

Lebih 200 polis dikerahkan bagi mengawal keadaan di PPC manakala semua penyokong daripada pelbagai parti dilihat berkumpul di luar kawasan yang dibenarkan terletak 300 meter dari pintu masuk ke PPC.

Sementara itu, Pegawai Pengurus PPC Parlimen Bangi (P. 102), Dr. Ani Ahmad ketika mengumumkan pengesahan calon bertanding berkata, masa penyerahan pencalonan dibuka selama sejam bermula pukul 9 pagi. 

“Selepas meneliti kesemua kertas penamaan, saya berpuas hati dan tiada yang ditolak. Maka, saya mengumumkan bahawa kesemua calon disahkan boleh bertanding,” katanya.

Berikut adalah senarai nama mengikut turutan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

 

  1. Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir (Perikatan Nasional)

 

  1. Jamal Hisham Hashim (Bebas)

 

  1. Hoh Hee Lee (Barisan Nasional)

 

  1. Muhammad Fauzi Hasim (Bebas)

 

  1. Suthan a/l Mookaiah (Bebas) 

 

  1. Chee Chee Meng (Parti Rakyat Malaysia)

 

  1. Syahredzan Johan (Pakatan Harapan)

 

  1. Annuar Salleh (Pejuang) 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya