2,981 anggota tentera Kem Lok Kawi mengundi awal

2,981 anggota tentera Kem Lok Kawi mengundi awal

ANGGOTA tentera yang terlibat dalam mengundi awal di Kem Lok Kawi di Putatan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seramai 2,981 pegawai dan anggota tentera menunaikan tanggungjawab mengundi awal di Kem Lok Kawi, Putatan hari ini.

Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A. Wahab berkata, secara keseluruhan di Sabah terdapat seramai 11,181 pengundi yang berdaftar termasuk tentera darat, udara dan laut yang terlibat dalam pengundian awal hari ini.

Daripada jumlah itu, 2,981 adalah anggota di Kem Lok Kawi yang terdiri daripada pegawai, anggota serta ahli keluarga tentera darat yang berkhidmat di Markas Kelima Divisyen, Kem Lok Kawi.

ABDUL Rahman (kiri) bersama isteri, Zarina Alif semasa tiba di Pusat Mengundi di Kem Lok Kawi di Putatan hari ini.

Beliau berkata, proses pengundian dilaksana secara berperingkat bagi mengelak kesesakan di pusat mengundi.

“Sekiranya tiada aral melintang, kita jangka 72 peratus pengundi akan membuang undi di sini dan ia tidak termasuk undi pos yang membabitkan seramai 1,299 anggota tentera darat seluruh negeri Sabah,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebanyak 12 pusat mengundi awal bagi tentera darat di buka di Sabah yang membabitkan anggota di Kem Lok Kawi, Tawau dan Sandakan.

Menurut beliau, prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak membenarkan pengundi membawa masuk telefon bimbit membolehkan pengundi tidak terganggu dan lebih fokus kepada proses pengundian.

Abdul Rahman hadir ke pusat pengundian awal bersama isterinya, Datin Zarina Alif seawal 8 pagi tadi.

Kem Lok Kawi berada di bawah Parlimen Putatan yang akan menyaksikan persaingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Empat calon yang bertanding di Parlimen Putatan ialah Awang Husaini Sahari mewakili Pakatan Harapan (PH), Datuk Shahelmey Yahya daripada Barisan Nasional, Ahmad Mohd. Said dari Parti Warisan (Warisan) dan Poyne Tudus @ Patrick Payne dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya