2,234 kes positif baharu Covid-19; Lembah Klang kekal tertinggi

2,234 kes positif baharu Covid-19; Lembah Klang kekal tertinggi

MALAYSIA kini mencatatkan jumlah kematian sebanyak 36,548 kes setakat 13 November 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,234 kes berbanding kelmarin, 2,882 kes sekali gus diatasi 3,836 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 33,107 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,948,817 kes. 

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 957 kes sekali gus mengatasi Sabah (188) diikuti Kuala Lumpur (176), Pulau Pinang (135), Melaka (134), Negeri Sembilan (122) dan Perak (106).

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Kedah (90), Kelantan (84), Sarawak (82), Pahang (55), Johor (53), Terengganu (23) dan Putrajaya (17), manakala hanya dua lokasi mencatatkan satu angka kes iaitu Labuan, sembilan kes dan Perlis, tiga kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 585 orang, kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 91 kes berbanding jumlah kelmarin, 84 kes selain mereka yang emerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 57 kes..

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan dua kes berbanding jumlah kelmarin, sembilan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,548 kes, manakala, tiada kes kematian dibawa ke hospital (BID). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya