2,000 jentera BN sertai pecutan akhir Tanjong Karang

2,000 jentera BN sertai pecutan akhir Tanjong Karang

SHAHRIZAL Sahri (tengah) melepaskan konvoi jentera BN itu di Padang Astaka, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Selangor. -UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Barisan Nasional (BN) Tanjong Karang melaksanakan pecutan akhir kempen menerusi konvoi bermotosikal disertai lebih 2,000 jentera parti itu hari ini.

Konvoi Jelajah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) PO95 itu melibatkan kesemua kampung di sekitar parlimen berkenaan.

Ketua Pemuda BN Tanjong Karang, Datuk Shahrizal Sahri berkata, objektif utama program itu bertujuan membuktikan perpaduan dan sokongan kuat jentera parti menjelang hari pengundian esok.

“Jelajah ini merupakan acara tradisi BN yang diamalkan di kubu kuat setiap kali pilihan raya sejak sekian lama.

“Ia menunjukkan jentera kita terutama BN bersatu hati dan sudah bersiap siaga sepenuhnya bagi PRU15 ini,” katanya ketika ditemui selepas melepaskan konvoi itu di Padang Astaka, Tanjong Karang, di sini bermula pukul 3 petang mengelilingi lebih 16 kampung dan berakhir pukul 7 malam ini. 

Tambah Shahrizal, semua akar umbi jentera parti memberi sokongan sepenuhnya kepada calon BN, Datuk Habibah Mohd. Yusof yang menyaksikan pertembungan lima penjuru dengan turut ditandingi Datuk Dr. Zulkapferi Hanafi (PN); Siti Rahayu Baharin (PH); Azlan Sani Zawawi atau Lando  (GTA) dan calon Bebas, Mohd. Rosni Mastol.

Beliau malah yakin kemenangan pasti akan berpihak kepada BN sekali gus mempertahankan Tanjong Karang yang tidak pernah tewas yang sebelum ini disandang Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar sejak 1995 melalui PRU9 hingga PRU14. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya