2 lelaki warga asing serang pegawai penguat kuasa kempen ditahan - Utusan Malaysia

2 lelaki warga asing serang pegawai penguat kuasa kempen ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lelaki warga asing ditahan selepas menyerang seorang pegawai Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) dalam pergaduhan di Jalan SS2/63 di sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.15 malam ketika pasukan PP-KPR membuat pemeriksaan bendera parti politik di sekitar kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, setiba di lokasi, mereka kemudiannya terdengar laungan orang awam meminta bantuan untuk menghalang pergaduhan sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Didapati empat lelaki warga Nepal sedang bergaduh sesama sendiri.

“Ketika cuba meleraikan pergaduhan itu, seorang pegawai PP-KPR diserang dua lelaki warga Nepal terbabit hingga cedera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, satu set alat komunikasi mudah-alih milik PP-KPR turut rosak akibat serangan itu.

“Susulan itu, kami menahan dua lelaki warga Nepal masing-masing berusia awal 20-an di lokasi kejadian pada 11.23 malam.

“Kedua-dua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 11 November untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 160/353/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya