1MDB: Khalid retorik, cakap tak ada fakta - Johari 

1MDB: Khalid retorik, cakap tak ada fakta – Johari 

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyelar kenyataan calon Pakatan Harapan (PH), Khalid Abdul Samad yang mengaitkan dirinya dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Menafikan dakwaan tersebut, Johari berkata, kes itu berjalan pada keadaan beliau belum lagi menjadi menteri dan kes pada ketika itu sedang disiasat, sekali gus beliau sudah pasti tidak boleh mengganggu proses siasatan tersebut.

“Inilah masalah Khalid Samad, dia selalu cerita tanpa guna fakta. Saya jadi Menteri Kewangan II pada Jun 2016 dan 1MDB bermula pada 2009, 2010, 2011. Saya jadi wakil rakyat 2013, ‘backbenchers’ dua tahun setengah. 

“Bila saya masuk kerajaan penyiasatan sedang dibuat oleh pihak berkuasa negara iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara. Jadi, bila sedang dalam siasatan, macam mana saya ada masa nak masuk campur? Perkara yang masih dalam siasatan, takkan saya nak masuk campur?” soalnya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Khalid yang mendakwa Johari mengambil sikap berdiam diri berhubung isu 1MDB.

Dakwa Khalid lagi, Johari mengetahui apa yang berlaku dalam isu 1MDB namun mengambil keputusan berdiam diri dan tidak menegur bekas Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Razak.

Mengulas lanjut, Johari turut berkata, beliau pernah mengulangi pendiriannya sebelum ini mengenai isu tersebut.

“Khalid Samad ini tak pandai nak mentadbir. Sebab itu isu Kampung Baru, dia tawar dahulu baru bincang dengan Kabinet sebab dia tak faham. Jadi, perkara yang sudah dalam penyiasatan oleh pihak berkuasa saya tak boleh campur. Kenyataan saya semasa jadi Menteri Kewangan II adalah: 1MDB ini ada tiga perkara yang tak betul. Satu, modul bisnesnya salah. Kedua, pengurusannya sangat teruk dan ketiga tadbir urus yang tidak bagus itu saja.

“Sewaktu Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dipecat, saya tak ada dan tak terlibat. Saya jadi wakil rakyat pasa 2013 dan backbenchers dua tahun setengah sebelum masuk kerajaan. 

“Menteri Kewangan II itu adalah Hussni (tujuh tahun). Sebab itu saya malas nak bercakap dengan Khalid Samad ini, dia retorik. 1MDB dah habis cerita dan Perdana Menteri ketika itu (Najib) dah masuk penjara,” katanya. 

Malah, Johari pula mempersoal apa yang dilakukan Khalid sewaktu beliau menteri kerana individu yang terlibat dalam kes 1MDB, Jho Low masih terlepas sehingga hari ini. 

“Semasa dia jadi kerajaan apa yang dibuat. Jho Low pun masih belum kena tangkap. 

Mereka ini semua sudah bankrap idea. Kebiasaannya orang buat macam ini sebab mereka rasa nak kalah. Kalau orang cakap tanpa fakta ini, saya malas nak layan.

“Adakah agensi seperti SPRM, PDRM dan Bank Negara sebodoh itu nak membebaskan mereka yang terbabit dalam kes ini?” soalnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya