1,578 polis kontinjen Perlis mengundi awal

1,578 polis kontinjen Perlis mengundi awal

SURINA Saad mengundi awal di Dewan Serbaguna IPK Perlis.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seramai 1,578 pegawai dan anggota polis kontinjen Perlis mengundi awal hari ini di beberapa lokasi pusat mengundi seluruh negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, pengundian awal dilakukan di sembilan pusat mengundi di Padang Besar, Kangar dan Arau.

“Kita mempunyai sembilan pusat mengundi iaitu empat di Padang Besar,  tiga di Kangar dan dua di Arau untuk pegawai dan anggota menjalankan tanggungjawab mereka.

“Setakat ini, proses pengundian awal bagi anggota polis di negeri ini berjalan lancar tanpa sebarang perkara tidak diingini,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini.

Proses pengundian awal bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 6 petang, manakala Surina mengundi di Dewan Serbaguna IPK Perlis pada pukul 8.42 pagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Surina memaklumkan hanya satu laporan berkaitan kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh kempen ini.

“Pihak polis ada menerima satu aduan yang mendakwa bendera parti yang dipasang mereka berkurangan dan dilaporkan berlaku dalam kawasan Kangar.

“Setakat ini jumlah permit yang dikeluarkan adalah 215 dimohon. Daripada jumlah itu, 88 adalah permit ceramah dan 127 lagi adalah kempen bergerak,” katanya.

Tambahnya, sepanjang tempoh berkempen ini juga tidak berlaku kemalangan atau aduan berkaitan gangguan bendera kempen dilaporkan di negeri itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya