156 sekolah rendah, menengah jadi pusat mengundi di Terengganu

156 sekolah rendah, menengah jadi pusat mengundi di Terengganu

Sebanyak 156 sekolah rendah dan menengah di Terengganu akan dijadikan pusat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 156 sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri ini akan dijadikan pusat mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), esok.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Abdul Muie Ngah, persiapan di lokasi itu kini berjalan lancar dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Segala persediaan di semua sekolah rendah dan menengah dilakukan secara rapi dan sudah berada dalam keadaan bersiap sedia.

“Lebih 4,000 warga pendidik juga terlibat membantu pegawai SPR negeri bagi melancarkan proses pengundi PRU15 esok,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Anugerah Pertandingan Amalan Terbaik Peringkat Negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini, hari ini.

Sementara itu, Abdul Muie memberitahu,  jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir bertambah kepada 200 sekolah.

Ujarnya, bilangan itu meningkat berbanding 186 sekolah yang sebelum ini dijangka mampu menampung mangsa jika banjir berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya