100 petugas media berkumpul di Command Centre BN 

100 petugas media berkumpul di Command Centre BN 

PETUGAS media berkumpul di luar Dewan Tun Hussein Onn di WTCKL, Kuala Lumpur, malam ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 petugas media tempatan dan luar negara berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang menjadi Command Centre Barisan Nasional (BN) untuk keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sejak pukul 7 petang ini. 

Keadaan di situ adalah di luar jangka memandangkan petugas media belum dapat menyaksikan siaran langsung keputusan pilihan raya bagi kerusi-kerusi Parlimen yang ditandingi BN. 

Utusan Malaysia difahamkan, BN menyediakan empat skrin gergasi yang dipasang di Dewan Tun Hussein Onn hanya untuk kemudahan pemimpin-pemimpin BN menonton siaran langsung keputusan pilihan raya. 

Petugas media bagaimanapun tidak dibenarkan berada di dalam dewan berkenaan dan masih menunggu makluman daripada pihak Command Centre BN. 

Setakat pukul 8.20 malam ini, keadaan di sekitar luar dewan masih terkawal dengan kehadiran beberapa penyokong BN, namun tidak kelihatan mana-mana pemimpin parti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya