10 pasukan gempur Parlimen Kluang. 

10 pasukan gempur Parlimen Kluang

JAIS SARDAY (empat dari kiri) dan calon BN Parlimen Kluang, Gan Ping Sieu (empat dari kanan) menghadiri Majlis Sambutan Deepavali anjuran MIC Kluang di Dewan Terbuka Taman Kluang Barat, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Barisan Nasional (BN) negeri tubuh sebanyak 10 pasukan untuk menggempur seluruh pelusuk Parlimen Kluang bagi membolehkan semua pengundi dapat ditemui sepanjang tempoh 14 hari berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15).

Pengerusi BN Parlimen Kluang, Datuk Md. Jais Sarday berkata, pasukan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC itu turut akan dibantu pertubuhan yang juga Rakan BN yang akan bergerak secara berasingan mengikut kawasan ditetapkan. 

Menerusi cara itu, setiap ketua pasukan, iaitu pemimpin sayap parti komponen diberikan tanggungjawab untuk menerangkan apa juga isu yang ditimbulkan kepada masyarakat setempat. 

“Diharapkan hasil daripada pertemuan empat mata dengan pengundi ini akan mengubah pendirian mereka terhadap BN, khususnya pengundi atas pagar. 

“Selain itu, beberapa pasukan kecil yang melibatkan penyertaan calon serta kepimpinan UMNO Bahagian akan menemui seberapa ramai menerusi beberapa acara yang sudah siap dijadualkan,” katanya ditemui selepas menghadiri Majlis Sambutan Deepavali anjuran MIC Kluang di Dewan Terbuka Taman Kluang Barat, hari ini. 

Md. Jais yang juga Pengarah Pilihan Raya Parlimen Kluang berkata, lebih 1,000 ahli parti UMNO, MCA dan MIC akan mengiringi Gan Ping Sieu ke pusat penamaan calon di Dewan Tunku Ibrahim di Tasek Putih, Kluang esok. 

Kehadiran lebih ramai penyokong adalah tanda kesepakatan komponen parti BN untuk menyokong beliau sebagai wakil rakyat dan merampas semula Parlimen Kluang daripada DAP. 

“Bagaimanapun, semua ahli parti sudah diingatkan untuk tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan kekecohan supaya hari penamaan calon berjalan lancar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya