10 otai PKR Felda Lasah sertai UMNO

10 otai PKR Felda Lasah sertai UMNO

ANUAR Wahi mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO dalam satu majlis di Felda Lasah, Sungai Siput semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Keyakinan terhadap kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi faktor kepada 10 penggerak utama PKR Ranting Felda Lasah di sini, menyertai parti tersebut.

Ketua PKR Ranting Felda Lasah, Anuar Wahi berkata, keputusan keluar daripada PKR itu juga dibuat setelah mengambil kira kepemimpinan pemimpin UMNO yang diyakini mampu membela nasib rakyat.

“Saya bersama PKR lebih 20 tahun dan merupakan seorang daripada pejuang dan penggerak utama reformasi di sini.

“Tapi sayangnya, setelah bertahun-tahun daripada satu penggal ke satu penggal hinggalah sekarang, saya mulai nampak di mana kekurangan dan kelemahan (parti).

“Jadi atas dasar untuk kebaikan rakyat dan kepimpinan yang saya nampak, saya ingin menyertai UMNO. Saya yakin nasib rakyat akan terbela di bawah UMNO dan BN,” katanya ketika ditemui pemberita di Felda Lasah di sini semalam.

Anuar juga yakin pilihannya menyertai UMNO adalah langkah tepat dan dijangka beberapa lagi ahli PKR akan turut menyertai mereka dalam masa terdekat.

“Tindakan ini bukan disebabkan kecewa tetapi saya berjuang sejak reformasi lagi dan boleh membuat penilaian sendiri.

“Insya-Allah pada pilihan raya kali ini, saya yakin BN akan kembali merampas Parlimen Sungai Siput dan mengekalkan penyandang DUN Lintang, Datuk Mohd. Zolkafly Harun,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Zolkafly menyambut baik penyertaan Anuar dan rakan-rakannya sekali gus menyifatkan ia sebagai tindakan yang bijak.

“20 tahun bukanlah perjuangan singkat, mereka ini boleh dikatakan sebagai otai dan telah melalui zaman reformasi. 

“Saya yakin tindakan bijak yang diambil ini kerana melihat tiada perubahan dan faedah dibawa parti itu bukan sahaja untuk mereka bahkan rakyat,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya