Warisan ‘gempur’ tiga Parlimen, enam DUN di Perlis - Utusan Malaysia

Warisan ‘gempur’ tiga Parlimen, enam DUN di Perlis

WARISAN yang baharu bertapak di Perlis bakal bertanding di tiga kerusi Parlimen dan enam DUN pada PRU15 di Perlis.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Parti Warisan Sabah (Warisan) yang baharu bertapak di negeri ini mengesahkan akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan enam Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Perlis.

Pengerusi Warisan negeri, Datuk Abd. A’zib Saad berkata, tiga kerusi Parlimen tersebut adalah Kangar, Arau dan Padang Besar manakala enam kerusi DUN pula membabitkan Titi Tinggi, Mata Ayer, Kuala Perlis, Kayang, Pauh dan Simpang Empat.

“Bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan bagi pertambahan kerusi, ia akan diumumkan sewaktu hari penamaan calon nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menjelang PRU-15 menyaksikan Warisan bakal mengetengahkan calon buat kali pertama di Perlis selepas dilancarkan di negeri ini pada Julai lalu oleh Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Mengulas mengenai calon yang bakal mewakili parti itu, A’zib berkata, terdapat kombinasi gandingan muka lama dan baharu telah ditetapkan untuk bertanding dan diyakini dapat menjadi taruhan terbaik buat parti bagi memenangi PRU15,” katanya.

Tambahnya, kepemimpinan Warisan di peringkat negeri buat masa ini sedang dalam proses bagi melengkapkan logistik dalam menghadapi perang PRU15.

“Jentera dan jawatankuasa parti juga sudah dibentuk di kawasan-kawasan yang bakal kita tandingi nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya