Wajar adakan PRK Bugaya serentak dengan PRU15-Mohd. Shafie

Wajar adakan PRK Bugaya serentak dengan PRU15-Mohd. Shafie

semporna
MOHD. SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal melihat wajar mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sekiranya pelaksanaan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya itu diadakan serentak maka, ia membolehkan penjimatan perbelanjaan kerajaan.

“Namun, terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana saya tak nak tekan bagi mengadakan pilihan raya.

“Walau bagaimanapun, kita sentiasa bersedia pada bila-bila masa. Sekiranya ia diadakan serentak itu lebih baik untuk mengurangkan perbelanjaan. Sudahlah kerajaan berhutang takkan kita mahu adakan PRK Batu Sapi kemudian, PRK Bugaya dan lepas itu PRU pula.

“Kita kena kurangkan perbelanjaan negara dan kita sudah bersedia. Malah, calon pun kita sudah kenal pasti beberapa orang yang sesuai kita akan letakkan (di Bugaya) dan di Parlimen Batu Sapi,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Warisan di Kolombong hari ini.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, kesiapsiagaan Warisan sudah ada namun, mereka hanya menunggu pengumuman daripada SPR sahaja.

Mengulas lanjut katanya, pelaksanaan PRK DUN Bugaya ditangguhkan susulan pandemik Covid-19 maka, mereka tidak mendesak kerajaan untuk segerakan pelaksanaan PRK tersebut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya