Video lama berkaitan Tok Mat ditularkan semula

Video lama berkaitan Tok Mat ditularkan semula

TANGKAP layar video lama membabitkan ucapan Mohamad Hasan ataupun Tok Mat pada 2018 yang ditularkan semula di media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Satu video lama berkaitan ucapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ditularkan semula yang dikhuatiri boleh mencetuskan suasana tegang menjelang proses Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pihak polis telah menerima hantaran video klip berkenaan pada pukul 10.55 pagi, Ahad lalu.

“Klip video lama itu berkaitan ucapan oleh Datuk Seri Mohamad Hasan semasa di Rantau Eco Park Rembau pada 19 Mac 2018 ketika beliau masih menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Video tersebut telah memaparkan ucapan Mohamad membuat provokasi terhadap pihak-pihak yang memfitnah kerajaan di mana sekiranya ditahan pihak polis beliau akan menjamin (jamin polis),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, kes berkenaan juga telah disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu merupakan kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam.

Menurutnya, berikutan video yang tular itu pihak polis menasihati orang ramai agar tidak mencetuskan suasana tegang dengan memuat naik video dan isu lama dalam media sosial.

“Ini bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar tanpa timbul sebarang spekulasi negatif yang boleh menimbulkan kegusaran serta boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam khususnya di Negeri Sembilan.

“Mana-mana individu yang dikesan mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran awam boleh didakwa di bawah Seksyen Seksyen 505 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata, individu yang memuat naik menggunakan media sosial seperti internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh juga diambil tindakan di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tambah beliau, jika sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau dihukum penjara  tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya