[VIDEO] Azie selamat pulang ke rumah

[VIDEO] Azie kini di pangkuan keluarga

SEORANG wartawan sedang menunggu di luar rumah keluarga Azi di Kampung Semat Jal, Tumpat, Kelantan hari ini. - UTUSAN/ ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Selepas tiga minggu didakwa ‘dilarikan’  tiga lelaki sebelum ditemukan polis, ejen jualan barangan kosmetik dikenali sebagai Azie dipercayai tiba di rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat dari Kuala Lumpur, malam tadi.

Menurut sumber, wanita itu kini sudah bertemu dengan ahli keluarga di rumahnya yang setia menanti kepulangannya sejak hari pertama kejadian wanita tersebut ‘dilarikan’ pada 13 September lalu.

Azie atau nama sebenarnya Rosnazirah Mohd. Naim, 36, dipercayai dihantar anggota polis ke rumahnya selepas beberapa hari berada di Bukit Aman.

“Difahamkan, Azie masih trauma dan keluarganya tidak membenarkan dia diganggu buat masa ini.

“Mangsa perlu banyak diberi kaunseling untuk menghilangkan tekanan selepas diculik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia  hari ini.

KERATAN laporan Utusan Malaysia hari ini.

Wartawan ketika ini sedang menunggu di hadapan rumah Azie, namun keluarganya mengelak untuk ditemubual dan enggan membuka pintu pagar selain menampal notis larangan ke atas petugas media menghampiri premis berkenaan.

Video oleh Kamarul Bismi Kamarulzaman

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, keterangan Azie yang diselamatkan di Thailand selepas dilarikan tiga individu di kampung berkenaan selesai diambil Bukit Aman.

Proses ber­kenaan selesai dilakukan bagi melengkapkan siasatan dan susulan itu Azie dibenarkan pulang bertemu keluarga.

Dfahamkan, mangsa diselamatkan pi­hak berkuasa Thailand sebelum diletakkan di depoh Imigre­sen, Thailand bagi proses dokumentasi.

Ia prosedur mana-mana negara, individu yang disela­mat­kan pihak berkuasa terlibat akan dibawa ke depoh Imigre­sen bagi proses dokumentasi me­mandangkan mereka ditemukan tanpa sebarang dokumen perjalanan diri.

Kepakaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand dalam pertukaran mak­lumat dan risikan memba­wa kepada penemuan wanita berkenaan dalam keadaan yang baik tanpa sebarang bayaran dibuat sepanjang kehi­la­ngannya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan memberitahu, mangsa telah dibawa pulang ke negara ini semalam hasil bantuan pihak berkuasa Thailand.

Kata beliau, sebanyak tujuh individu warga tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Jelas beliau, turut dirampas sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa.

Wanita berkenaan didakwa ‘dilarikan’ tiga lelaki selepas dikaitkan mempunyai kaitan de­ngan sindiket dadah.

Susulan itu, tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita berusia 35 hingga 47 tahun ditahan pada 14 September lalu bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya