Undi Pas Terengganu berpecah, BN untung - Ahmad Said

Undi Pas Terengganu berpecah, BN untung – Ahmad Said

AHMAD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perpecahan undi Pas ekoran penyandang Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali keluar parti itu dan bertanding atas tiket Bebas menguntungkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, dalam hal ini beliau yakin BN Terengganu mampu memperoleh kemenangan di sekurang-kurangnya lima daripada lapan kerusi Parlimen yang dipertandingkan.  

“Biarkan. Itu (perpecahan) lebih bagus. Kalau berlaku tiga penjuru atau lebih, ia menguntungkan BN sebab undi Pas berpecah dua.

“Kita nak ambil dia bertanding guna tiket BN buat apa?” katanya dalam program Sembang PRU-15 oleh MMTV yang disiarkan secara langsung di Facebook Utusan Online, Kosmo! Online dan The Malaysian Reserve, semalam.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Ahmad diberi misi memenangi sekurang-kurangnya empat kerusi Parlimen di negeri Terengganu pada PRU15, 19 November ini sekali gus menjanjikan ganjaran jika memenuhi misi itu dan menawan beberapa lagi kerusi.

Terdahulu, Khairuddin mengumumkan pendiriannya keluar daripada Pas,  selari dengan Fasal 15(1)(a) Perlembagaan Pas iaitu keberhentian ahli dengan permintaan sendiri.

Videonya hadir ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menyertai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO kemudian tular sekali gus mencetuskan spekulasi yang beliau mungkin bertanding di Kuala Nerus menggunakan tiket BN.

 Sementara itu, Ahmad berkata, semua pihak perlu lebih menjaga hati akar umbi yang berusaha memenangkan calon BN sendiri dan tidak mengagungkan calon dari parti lain untuk memperoleh kemenangan.

“Kita kena hargai ahli kita yang kerja keras untuk memenangkan calon. Ini tiba-tiba-tiba dia (Khairuddin) keluar parti dan bertanding atas tiket BN. Apa perasaan akar umbi kita?

“Apa yang mereka rasa kalau di tengah-tengah nak PRU, kita ambil orang yang menentang parti kita dulu dan kali ini nak bertanding atas tiket BN? Orang kita akan kecewa,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya