UMS benarkan pelajar pulang mengundi

UMS benarkan pelajar pulang mengundi

KASIM (empat kiri) dan rombongan UMS bergambar kenangan bersama Tun Juhar (tengah).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Malaysia Sabah (UMS), akan memberikan pelepasan khas kepada para pelajar mereka, untuk pulang mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Kasim Mansor berkata,dengan adanya pelepasan tersebut nanti, ini dapat membantu meningkatkan peratusan  pengundian  pada PRU-15 nanti.

“Pihak UMS masih lagi tidak membuat sebarang perbincangan berkaitan kemudahan pengangkutan dan logistik buat masa kini.  

“Namun ,yang sudah pasti pelepasan khas ini akan  melibatkan kos yang tinggi hingga mencecah jutaan ringgit,” katanya ketika sesi kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di Sabah, baru-baru ini.

 Turut hadir pada kunjungan tersebut, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Rasid Mail, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Raman Noordin, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Ir. Dr. Rosalam Sarbatly dan Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar.

 Menurutnya, UMS sentiasa bersedia memberi pandangan yang bersifat akademik melalui barisan pakar yang sedia ada berhubung situasi semasa PRU15.

 Tambahnya, UMS sentiasa memberi pandangan berdasarkan analsis ilmiah dan berprinsip dengan tidak akan  menyebelahi sebarang pihak. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya