UMNO lepas sebahagian kawasan demi kerjasama BN-GRS

UMNO lepas sebahagian kawasan demi kerjasama BN-GRS

BUNG Moktar Radin (tengah) bersama Joseph Kurup (dua kanan) semasa mesyuarat Barisan Nasional Sabah di Kota Kinabalu semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: UMNO Sabah terpaksa melepaskan sebahagian kawasan demi menghormati kerjasama Barisan Nasional (BN)-Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kerjasama antara BN-GRS telah pun dipersetujui dan perjanjian secara bertulis akan dimeterai tidak lama lagi.

Maka, demi menghormati semangat kerjasama itu, sebahagian kawasan parlimen terpaksa dilepaskan dan beliau berharap ahli-ahli UMNO memahami keadaan itu.

“Apa yang penting melalui kerjasama itu BN-GRS mampu menyumbang kemenangan besar untuk membolehkan Barisan Nasional menerajui Putrajaya.

Ia memerlukan pengorbanan daripada semua pihak untuk memastikan kestabilan politik dan kemakmuran negeri dan rakyat Sabah terus terpelihara,” katanya semasa mesyuarat Barisan Nasinal Sabah semalam.

Menurut Pengerusi BN Sabah itu, perjanjian yang akan dimeterai dalam masa terdekat itu harus dihormati sama ada oleh Barisan Nasional mahupun GRS agar tidak timbul unsur sabotaj pada pilihan raya kali ini.

Penyandang kerusi Parlimen Kinabatangan itu berkata, pilihan raya kali ini adalah penentu kepada ‘hidup dan mati’ parti itu kerana selepas PRU-14, tidak sedikit pun mereka terfikir UMNO/BN mampu bangkit semula dalam tempoh yang singkat.

“Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis 2020 ketika UMNO/BN berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran, tiada siapa menduga kita mampu menewaskan Warisan yang ketika itu memerintah negeri Sabah.

“Kemenangan itu membuktikan UMNO/BN belum terkubur di Sabah dan semangat itulah perlu kita bawa dan perhebatkan semasa menghadapi PRU-15 ini,” katanya.

Hadir sama Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Arifin, Pengarah Pilihan Raya BN Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya