UMNO kawan, PH lawan - Pas - Utusan Malaysia

UMNO kawan, PH lawan – Pas

TAKIYUDDIN Hassan (kanan) semasa sidang akhbar pada majlis ramah mesra bersama pengamal media di Kelantan hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas menegaskan parti itu meletakan Pakatan Harapan (PH) sebagai musuh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan bukannya UMNO.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu masih lagi kekal dengan pendirian menganggap UMNO sebagai kawan dan akan terus menyuburkan konsep penyatuan ummah.

Menurutnya, hal ini kerana Pas dan UMNO meletakkan PH sebagai musuh utama pada PRU15 nanti.

“Kalau kawasan tertentu dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) kita tidak ada masalah asalkan bukan kepada PH.

“Sebab itu kekal dengan penyatuan ummah. Penyatuan ummah ini tidak boleh bermusuh walaupun bukan kawan rapat,” katanya pada majlis ramah mesra bersama pengamal media Kelantan di sini hari ini.

Penyandang kerusi Parlimen Kota Bharu itu memberitahu, konsep penyatuan ummah ini selari dengan ketetapan Presiden yang perlu merangkumi parti Melayu-Islam.

Katanya, walaupun bersama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) namun Pas tetap mengajak UMNO untuk duduk bersama.

“Semua perkara ini (gabungan tiga parti Melayu) semua orang dapat lihat dalam kerajaan. Dari Mac 2020 kita membentuk kerajaan secara bersama-sama. Perdana Menteri, Bersatu dan Menteri-menteri Kanan dari UMNO, Bersatu serta Gabungan Parti Sarawak (GPS). Bagaimanapun Pas tiada sebab kita tidak minta.

“Bila berlaku pertukaran Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kepada UMNO selepas ada rakan parti di dalam kumpulan kita yang menjatuhkan kepimpinan Muhyiddin. Namun sokongan terhadap Perdana Menteri dari UMNO tetap diberikan termasuk Muhyiddin,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya