UMNO Johor bertanding di 17 kerusi

UMNO Johor bertanding di 17 kerusi

HASNI MOHAMMAD (tengah) dan Ahmad bergambar bersama-sama Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pontian di Dewan UMNO Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN:  UMNO akan bertanding di 17 daripada 26 kerusi Parlimen di negeri ini termasuk di Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum Ke-15  PRU-15).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, MCA dan MIC, masing-masing akan bertanding di lapan dan satu kerusi.

“BN Johor akan menampilkan 60 peratus muka baharu termasuk 30 peratus daripada golongan wanita.

“Saya yakin dalam masa terdekat ini, calon-calon BN Johor yang dicadangkan akan dinilai oleh sebuah jawatankuasa yang telah dibentuk di peringkat pusat untuk mendengar dan membuat keputusan oleh negeri-negeri.

“Yang pentingnya, Johor tidak kurang dengan tokoh dan calon-calon yang akan ditampilkan, malah ada pula lebihan calon tetapi kita akan mencari yang terbaik dalam kalangan terbaik,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pontian di Dewan UMNO Pontian, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian.

Ketika ditanya di mana beliau akan bertanding, Hasni berkata: “Sama ada saya bertanding di Parlimen Pontian atau mana-mana kerusi, pastinya akan meningkatkan kemungkinan untuk berjaya supaya BN Johor memenangi PRU15, adalah lebih utama.”

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut mengakui mempunyai tanggungjawab besar untuk memenangi 16 hingga 20 daripada 26 kerusi Parlimen  yang diminta oleh BN Pusat.

Baru-baru ini, beliau dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Johor, manakala Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menjadi Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor.

Dalam pada itu, Hasni turut mengesahkan kerusi Parlimen Simpang Renggam akan ditandingi oleh calon daripada UMNO selepas Gerakan mengumumkan  keluar daripada BN selepas PRU14 dan kini menyertai Perikatan Nasional (PN).

Pada PRU14, calon Gerakan, Liang Teck Meng tewas kepada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik yang kini menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya