KEMAMAN : Sebanyak 1,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia diedarkan secara percuma di Universiti Kolej TATI (UCTATI) dan sekitar bandar raya Kuala Terengganu dekat sini, hari ini.
Naskhah Utusan Malaysia itu diedarkan sempena Majlis Konvokesyen ke-22 UCTATI, semalam.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan istiadat konvokesyen tersebut yang melibatkan seramai 562 graduan.
Graduan tersebut membabitkan empat pelajar di peringkat sarjana, 279 pelajar sarjana muda dan diploma 279 pelajar.
Canselor UCTATI, Ir. Kamaluddin Abdul Rashid menyampaikan skrol kepada graduan-graduan terlibat. – UTUSAN