Tun M boleh lupakan ‘pengkhianatan’ Muhyiddin

PRU15: Tun M boleh lupakan ‘pengkhianatan’ Muhyiddin

TUN Dr. Mahathir Mohamad berucap pada pada majlis Rapat Umum GTA di pekarangan Pejabat Parti Pejuang Tanah Air di Alor Setar, Kedah, malam tadi. - FOTO/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau sanggup melupakan ‘pengkhianatan’ Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) demi menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu berkata, pihaknya percaya rakyat juga menginginkan penyatuan kedua-dua gabungan berkenaan untuk menjadikannya lebih kukuh menghadapi pilihan raya umum tersebut.

“Kita dengar rakyat meminta supaya parti-parti lawan ini patut bergabung barulah kita boleh kalahkan UMNO. Itu kehendak rakyat dan kita pun fikir tak apalah. Kalau pun dia (Muhyiddin) tikam belakang kita, kerana bangsa kita, negara kita, agama kita, kita sanggup rendahkan diri nak bekerjasama dengan Muhyiddin.

“Kita sanggup (bergabung) walaupun dia ‘khianat’ saya. Tak apalah saya boleh lupakan perkara itu. Tetapi bila kita cuba nak kerjasama dengan Muhyiddin dalam partinya yang dikenali sebagai Perikatan Nasional. 

“Dia (Muhyiddin) jawab apa? Dia tak nak kerjasama dengan sesiapa. Uii, bukan main sombong,” katanya ketika berucap pada majlis Rapat Umum GTA di sini malam tadi.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN kelmarin menafikan sebarang perbincangan berjalan dengan GTA untuk menghadapi PRU15 sebaliknya gabungan itu membuat keputusan untuk kekal dengan parti komponen sedia ada.

Terdahulu, Dr. Mahathir memberitahu, GTA dalam proses berunding dengan PN termasuk berkaitan kerusi yang bakal ditandingi bagi memastikan tiada pertindihan.

Berucap lanjut kata Dr. Mahathir, pihaknya beranggapan agak sukar untuk PN meraih kemenangan mudah ketika gabungan itu mensasarkan untuk bertanding di semua Parlimen di seluruh negara.

“Kononnya dia  boleh menang. Dia nak letak calon 222 di semua kawasan supaya dia boleh menang dan dia akan jadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia kali kedua. Mana boleh letak calon sampai 222 kerusi. Takkan boleh menang 111 (Parlimen). Susah bagi dia,” katanya.

Beliau ketika ditemui pemberita selepas majlis itu bagaimanapun menjelaskan pihaknya terbuka menerima penolakan daripada PN itu kerana yakin dengan penyatuan GTA.

“Yalah, kita nak kerjasama tetapi orang tolak kita. Saya tahu rakyat suka lihat parti lawan bersatu. Baru boleh mudah kita kalahkan UMNO (BN). Tapi bila kita minta nak bersatu, mereka tolak.

“Kita tak tolak. Kita sedia. Bahkan dalam gerakan kita punyai empat parti yang sama dan kita bersatu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya