Tidak perlu segera PRU15, utamakan kepentingan rakyat - Hadi

Tidak perlu segera PRU15, utamakan kepentingan rakyat – Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menegaskan pembubaran Parlimen dalam tempoh terdekat bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah tidak wajar malah kerajaan tidak perlu menyegerakannya buat masa ini.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas berpandangan sedemikian selepas mengambil kira faktor pemulihan ekonomi dan jangkaan musim tengkujuh yang boleh menyukarkan rakyat serta jentera kerajaan.

“Pas tetap akan meneruskan perbincangan dan rundingan dengan semua pihak (parti politik, NGO, ahli akademik, tokoh masyarakat) ke arah menjayakan agenda perpaduan ummah bagi mencapai titik persamaan dan mengelakkan pertembungan sesama sendiri, sekali gus mengalahkan Pakatan Harapan (PH).

“Pas berpendirian dalam apa jua keadaan, kepentingan negara dan rakyat hendaklah didahulukan, di samping langkah-langkah pemulihan ekonomi yang perlu terus disokong, khususnya melalui Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pendirian terkini Pas itu dilihat tidak sehaluan dengan UMNO yang sebelum ini telah membuat keputusan bahawa Parlimen perlu dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini.

Pada Jumaat lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah membuat ketetapan supaya PRU15 diadakan pada tahun ini dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas sedang mempertimbang syarat-syarat dikemukakan UMNO dan akan membuat keputusan sama ada terus Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) atau sebaliknya sebelum mengharungi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ini setelah UMNO meletakkan tiga syarat kepada Pas jika ingin kembali menjalin kerjasama politik menerusi gabungan Mua­fakat Nasional (MN) iaitu Pas perlu keluar daripada PN, memutuskan hubungan politik dengan Ber­satu dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka ‘mufa­rakah’ 100 peratus daripada PN dan Bersatu.

Takiyuddin berkata, di sebalik syarat itu, Pas menghargai pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menzahirkan keterbukaan dalam usaha memulihkan agenda penyatuan ummah berikutan pertemuan dengan Abdul Hadi pada 17 September lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya