PETALING JAYA: Tindakan segelintir pihak yang sewenang-wenangnya meletakkan label premium pada telur ayam yang dijual di pasaran dikatakan berleluasa sejak sekian lama. Sumber industri memberitahu Mingguan Malaysia, tindakan tidak bermoral itu dilakukan sejak dahulu ekoran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MAFI) dan Jabatan Veterinar (JPV) tiada sebarang prosedur khusus bagi memantau aktiviti pelabelan sebegini, dalam menentukan jenis gred telur itu premium atau tidak. Kata sumber, tindakan melabelkan telur sesuka hati semakin menjadi-jadi sekarang ini lantaran kekurangan bekalan sumber protein itu yang kritikal seluruh negara, mengakibatkan kerajaan sukar bertindak kerana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya