PUTRAJAYA: Bendahari UMNO merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 70, dianugerahkan Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Majlis Konvokesyen Universiti Asia-e (AeU) Ke-11, hari ini.
Anugerah itu dikurniakan atas kelayakan dan kejayaan beliau dalam penulisan tesisnya bertajuk Affordable and Affordability Housing in Kuala Lumpur.
Pengiktirafan itu turut diberikan atas penglibatan penyandang ahli Parlimen Putrajaya itu dalam perniagaan yang merintis pelbagai bidang seperti hartanah, pembalakan dan pembuatan.
Selain itu ialah bidang perdagangan, agrikultur, perhotelan, penternakan dan makanan baharu termasuk teknologi dan komunikasi.
Beliau yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan terus komited dalam perkembangan perniagaan selain menyalur khidmat bakti kepada orang ramai melalui penglibatannya sebagai wakil rakyat. – UTUSAN