Teman tujuh tahun di MCKK, dua tahun di Kamunting - Anwar

Teman tujuh tahun di MCKK, dua tahun di Kamunting – Anwar

ANWAR Ibrahim sewaktu berucap pada pada Majlis Jelajah Harapan Negeri Sembilan di Bandar Dataran Segar, Lukut, Port Dickson, malam semalam. - FOTO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membalas sindiran penyandang Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terhadap dirinya.

Ketika berucap pada Majlis Jelajah Harapan Negeri Sembilan di Bandar Dataran Segar, Lukut di sini malam semalam, Anwar memberitahu telah sembilan tahun tinggal di negeri Perak.

Katanya, ia termasuklah selama tujuh tahun ketika belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan dua tahun ketika ditahan di Kem Tahanan Kamunting di Taiping.

“Dia ingat saya tidak tahu ‘ayo’, saya mahu beritahu dia, saya belajar di MCKK tujuh tahun di Kuala Kangsar, tujuh tahun, itu negeri Perak la, ‘kome’ tak tahu ke? 

“Selepas itu, masuk universiti, keluar universiti masuk pula Kamunting dua tahun, ‘kome’ ini tak baca ke, ‘teman’ sembilan tahun di negeri Perak.

“Tidak mengapalah, saya nak masuk sana bukan mahu berhujah dengan dia,” katanya.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memuat  naik satu rakaman video berdurasi 26 saat dengan sindiran terhadap Anwar yang disifatkan sebagai calon luar.

Ia selepas Anwar kelmarin, mengumumkan akan bertanding sebagai calon PH di kerusi Parlimen Tambun.

Menerusi video berkenan, Ahmad Faizal mengucapkan selamat datang kepada Anwar namun mengingatkan Pengerusi PH itu adalah calon luar dengan mengaitkannya dari segi penggunaan loghat tempatan di Tambun yang berbeza di tempat lain di luar Perak.

“Bagi mereka yang nak berhijrah ke tempat lain, dari satu tempat ke satu tempat dan nak datang ke Tambun, saya nak bagitau sikit. Di Tambun kita sebut ‘ayo’ (air) dengar betul-betul, ‘ayo’, bukan ‘ayaq’, okey terima kasih selamat datang,” katanya dalam video tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya