Tanah runtuh di Julau, dua kawasan di Sibu dilanda banjir

Tanah runtuh di Julau, dua kawasan di Sibu dilanda banjir

Tanah runtuh menutupi separuh Jalan Entabai, Julau. –UTUSAN/COWEN LINCH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JULAU: Tanah runtuh akibat hujan lebat berlaku di Jalan Entabai baru-baru ini dan dua lagi tempat berisiko berlaku kejadian yang sama jika hujan berterusan.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sa­rawak, kejadian tanah runtuh dari lereng bukit di Jalan Entabai telah menyebabkan separuh dari jalan raya berkenaan ditutup tanah runtuh setinggi 50 meter dan sepanjang 30 meter.

Banjir di Kampung Sentosa, Sibu.

Katanya, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerima panggilan mengenai kejadian tanah runtuh di Jalan Entabai pada jam 7.23 pagi tadi dan menggerakkan pasukan bomba ke lokasi kejadian.

“Hasil pemantauan bersama agensi lain di lokasi lain, Bomba menjangkakan boleh berlaku runtuhan tanah di dua lagi lokasi, iaitu Nanga Beduie dan Nanga Beleguai, Merurun, Julau sekiranya mengalami hujan berterusan,” ujarnya.

Katanya lagi, pihak bomba bertindak memasang tali sawar-sawar di ketiga-tiga kawasan sebagai amaran kepada penduduk sekitar dan pengguna jalan raya tersebut.

Kejadian itu juga telah dimaklumkan kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Julau untuk tindakan lanjut. “Operasi pemantauan tanah runtuh diteruskan di sekitar Nanga Bilat, Jalan Entabai, Nanga Beduie, Merurun dan Nanga Beleguai,” tambahnya.

Sementara itu di Sibu, pasukan bomba terus mengadakan rondaan di kawasan-kawasan berisko berlaku banjir berikutan hujan lebat di sini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya