Tak mudah jadi pengarah - Que Haidar - Utusan Malaysia

Tak mudah jadi pengarah – Que Haidar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Que Haidar mengakui, tidak mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengarah, namun ia bergantung kepada barisan pelakon dan kru produksi yang terlibat.

Jelasnya, proses penggambaran sesebuah karya akan berjalan mudah apabila mendapat kerjasama baik daripada seluruh team produksi.

“Memang tidak mudah apabila menjadi pengarah untuk sesebuah karya, tetapi saya seronok. Alhamdulillah, proses penggambaran berjalan dengan mudah kerana barisan pelakon yang hebat.

“Respons yang diterima daripada stesen televisyen juga amat positif. Perkara tersebut yang menambahkan lagi semangat saya untuk mengarah,” ujarnya.

Que yang kali pertama mengarah telefilem Bahalol bersama Zainor Hisyam menampilkan pelakon hebatnya antaranya Wan Azli, Liza Othman, Sobri Anuar, Shazman Isaac dan Sani Sudin.

Bahalol yang disiarkan sempena sambutan Maulidur Rasul, malam tadi mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki autisme berusia 40-an bernama Bilal bersama ibunya, Rokiah yang mengharapkan anaknya boleh hidup berdikari.

Dalam pada itu, Que juga berkongsi, kerusi pengarah sebenarnya memberi tekanan yang berbeza, walaupun dia memiliki pengalaman berbelas tahun sebagai seorang pelakon.

“Sebenarnya, saya tidak tahu bagaimana mahu gambarkan perasaan, tetapi yang pasti saya gementar menanti tayangan telefilem pertama.

“Saya tertanya-tanya, bagaimana reaksi penonton. Takut juga, tetapi setiap apa yang dilakukan adalah pengalaman yang mengajar kita,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya