Tak kisah orang kecam, bagi saya wajib ada rupa paras - A. Aida - Utusan Malaysia

Tak kisah orang kecam, bagi saya wajib ada rupa paras – A. Aida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekal dengan pendirian rupa paras adalah elemen penting untuk menjadi seorang pelakon, penerbit, Datuk A. Aida tidak kisah sekiranya menerima kecaman daripada warganet mahupun penggiat seni.

Jelasnya, sebagai penerbit, dia mempunyai hak untuk bersuara secara peribadi walaupun kenyataan itu mungkin menyinggung mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pendiriannya.

“Tak kisah apa orang nak cakap atau kecam, bagi saya wajib ada rupa paras. Nak berlakon dengan saya, kena cantik dan kacak. Bonus kalau berbadan sasa. Pelakon muda juga salah satu kriteria.

“Selain skrip yang baik, kriteria penting dan wajib adalah rupa paras. Itu adalah formula saya untuk menghasilkan drama yang menerima tontonan ramai. Saya cakap wajib sebab formula itu berjaya,” katanya.

A. Aida ditemui pada majlis perasmian penutup program Ekspresi@Finas, di sini semalam.

Pada majlis tersebut, penerbit popular itu turut dipilih antara 12 anak seni yang menerima anugerah Ikon Ekspresi Seni anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Sebelum ini, A. Aida pernah berhadapan kontroversi sama apabila beberapa anak seni membidas kenyataannya yang meletakkan rupa paras seseorang pelakon sebagai ‘resipi’ utama kejayaan sesebuah karya.

Pelakon legenda, Fauziah Ahmad Daud pernah bersuara menempelak kenyataan A. Aida dan menyifatkan penerbit itu tidak memahami rukun lakonan kerana hanya memandang rupa paras semata-mata untuk berjaya dalam industri seni.

“Buku atau rukun mana mengatakan untuk menjadi hero atau heroin kena cantik dan kacak? Yang berkata begitu adakah mereka lupa dari mana mereka bermula?

“Kenapa perlu mengeluarkan kenyataan seperti menghina ciptaan Tuhan? Ramai yang mempunyai bakat lakonan hebat mengatasi rupa paras. Kenyataan itu agak biadap,” kata pelakon hebat itu sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya