Syed Zainal Abidin penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

Syed Zainal Abidin penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua kanan) berkenan menyampaikan Anugerah Perdana kepada Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir (tengah) pada sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah bersamaan 2022 Masihi di WTC hari ini. Turut sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad (kanan). GAMBAR: FARIZ RUSADIO /
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tokoh korporat, Tan Sri Syed   Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir diumumkan penerima Anugerah Perdana bersempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H.

Selain itu, Pengarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Azizan Baharudin dan aktivis kemanusiaan, Syazrina Azman atau Mizz Nina diumumkan merupakan antara enam penerima  Anugerah Maulidur Rasul.

Penerima lain Anugerah Maulidur Rasul adalah Ikon Media Islam, Ahmad Noor Sulaiman; Pengerusi Yayasan Zikay, Datuk Mohd Khay Ibrahim dan pakar kaunseling, Hushim Salleh.

Seorang guru tadika, Chee Hoi Lan juga diumumkan penerima Anugerah Maulidur Rasul.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah kepada semua penerima.

Bertemakan ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN