Syamsul mohon orang ramai bantu adik Bilal - Utusan Malaysia

Syamsul mohon orang ramai bantu adik Bilal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Prihatin dengan penderitaan ditanggung kanak-kanak yang menghidap Alobar Holoprosencaphly iaitu kecacatan tempurung kepala, Mohammad Bilal Yusra, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof menyeru orang ramai membantu adik tersebut.

Syamsul menerusi Instagram memuat naik video melahirkan simpati terhadap penderitaan yang ditangung kanak-kanak tersebut, selain memohon orang ramai mendoakan kesejahterannya.

“Semua doakan adik ini. Doakan kesejahteraan dia boleh cepat sembuh. Sesiapa yang mampu boleh sedekah bantu.

“Bukan saja duit, mohon doakan yang terbaik untuk adik itu. Mohon sangat. Kita satu Malaysia doakan dia, insya-Allah,” katanya.

Perkongsian itu mendapat reaksi positif pengikutnya yang mendoakan kesejahteraan kanak-kanak itu, malah turut memuji keprihatinan Syamsul.

Penyakit Bilal semakin kronik dan berada pada tahap akhir malah kepalanya juga semakin membesar dengan kini mencapai berat 28 kilogram (kg).

Bilal juga menghidapi penyakit jantung berlubang, sumbing besar dan 10% sel tisu di kepala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN