SK Saujana Utama teruja kehadiran 11 ikon sukan

SK Saujana Utama teruja kehadiran 11 ikon sukan

Shaukei Kahar (tengah) bersama rakan-rakan pengulas sukan dan warga sekolah dalam majlis perasmian Hari Sukan Negara peringkat SK Saujana Utama semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 3,507 murid dengan 174 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Utama, Sungai Buloh teruja dengan kehadiran 11 ikon sukan negara yang terdiri daripada selebriti penyampai sukan dan bekas pemain bola sepak pada sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah, semalam.

Dalam satu kenyataan, guru-guru dan ibu bapa sekolah itu seakan-akan tidak percaya ramai ikon sukan negara yang sebelum ini hanya ditatap di skrin televisyen, kini berada di atas pentas di sekolah mereka.

“Di majlis ini, pengulas sukan, Shaukei Kahar mewakili rakan-rakan penyampai sukan menyerahkan 15 biji bola kepada pasukan bola sepak dan cenderahati berupa jersi pasukan Liga Malaysia kepada kepemimpinan kanan sekolah.

Hari Sukan Negara peringkat SK Saujana Utama turut dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti senamrobik, sesi ramah mesra dengan penyampai sukan, futsal, fun games dan gerai-gerai jualan yang bertujuan  mengumpul dana bagi perbelanjaan kokurikulum sekolah,” kata kenyataan itu.

Selain Shaukei, antara ikon sukan negara yang hadir adalah ketua Jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya; Syed Adney Syed Hussein dan Datuk Richard Scully yang semuanya pernah menyarung jersi kebangsaan dan kini bertindak sebagai penganalisis bola sepak negara.

Turut hadir adalah ikon sukan permotoran wanita, Nur Atikah Azwar dan atlit Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B), Mohd. Irwan Yusuf.

Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran Setiusaha Persatuan Penulis Sukan, Asan Ahmad; pengulas sukan, Aizuddin Nizam Shah; penyampai sukan, Nazrie Fahmie dan Marsila Hassan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya