Siasat ladang ternakan ayam, pastikan patuh peraturan makanan - Utusan Malaysia

Siasat ladang ternakan ayam, pastikan patuh peraturan makanan

AGENSI Makanan Singapura (SFA) dilaporkan mengarahkan telur yang diimport dari sebuah ladang di Malaysia ditarik balik selepas mengesan SE dalam produk terbabit. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa menyiasat semua ladang ternakan ayam untuk memastikan ia mematuhi peraturan keselamatan makanan susulan telur dari ladang penternakan negara ini digantung pihak berkuasa Singapura baru-baru ini.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, selain itu pihak berkuasa juga perlu menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat kelemahan sistem pemantauan berkaitan keselamatan makanan negara.

Katanya, laporan berulang mengenai produk makanan Malaysia yang tidak selamat oleh pihak berkuasa luar negara jelas menunjukkan pemantauan keselamatan makanan negara tidak mencukupi.

”Laporan mengenai telur dari ladang yang digantung pihak berkuasa Singapura baru-baru ini menunjukkan rakyat Malaysia dinilai sebagai pengguna kelas kedua apabila melibatkan keselamatan makanan.

”Telur tersebut ditolak kerana didapati tercemar dengan bakteria Salmonella Enteritidis (SE) dan amat pelik apabila kejadian ini tidak diketahui pihak berkuasa tempatan kita lebih awal walaupun dianggarkan rakyat Malaysia mengambil 30 juta telur setiap hari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Minggu lalu, Agensi Makanan Singapura (SFA) dilaporkan mengarahkan telur yang diimport dari sebuah ladang di Malaysia ditarik balik selepas mengesan SE dalam produk terbabit.

Memetik laporan CNA, telur berkenaan dibekalkan dengan dikenal pasti melalui kod tertera pada kulitnya.

Menurut Mohideen, memandangkan keadaan itu ramai pengguna di negara ini mungkin secara tidak sedar telah mengambil telur yang tercemar.

”Bakteria SE menyebabkan cirit-birit, sakit perut, demam, loya dan muntah dan ini bukanlah kali pertama produk Malaysia ditolak di negara luar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya