Serik jadi mangsa buli, Lucinta Luna rancang pindah luar negara

Serik jadi mangsa buli, Lucinta Luna rancang pindah luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Selebriti media sosial yang sering mencetuskan kontroversi, Lucinta Luna mengakui, hidupnya kini agak sunyi dan kosong.

Lucinta berkata, dia perlukan seseorang di sisi bagi membantu menaikkan kembali semangatnya.

Walaupun sering dilihat gembira di khalayak ramai, transgender itu sebenarnya keseorangan dan disebabkan itu dia mempunyai perancangan untuk berhijrah ke luar negara.

Dia juga membayangkan mahu berkahwin dalam tempoh lima tahun akan datang dan tinggal di luar negara serta mengambil anak angkat.

“Saya nak habiskan hidup di sana. Jika diberi pilihan, saya mahu ke Jerman terlebih dahulu sebelum netizen mengenali saya,” katanya menerusi temu bual di YouTube.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Muhammad Fatah juga sudah serik menjadi mangsa buli dan hinaan warga maya sehingga memberikan tekanan kepadanya.

Katanya, dia sudah melakukan terbaik untuk diterima sebagai wanita, namun tetap tidak dapat memuaskan hati netizen.

Julai lalu, Lucinta pernah mencetuskan kontroversi selepas memaklumkan menjalani pembedahan membuang halkum di Hospital Busan, Korea Selatan.

Pembedahan plastik itu dilaporkan berjalan lancar dan Lucinta membuat siaran langsung dalam akaun TikTok, meskipun dia belum pulih sepenuhnya.

Anak kelapan daripada sembilan beradik itu mengalami kesukaran untuk makan akibat pembedahan tersebut dan hanya mampu menelan betik ketika itu.

Selebriti ini dilahirkan dalam sebuah keluarga yang agak susah di Jakarta pada 16 Jun 1989.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya