DEMONSTRASI latihan perang diadakan semasa lawatan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke Bahagian Operasi Pasukan Khas Pertahanan (BOKPKP) bersama petugas media di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.
BOPKP terdiri daripada gabungan pasukan khas tiga perkhidmatan iaitu Gerup Gerak Khas, Pasukan Khas Laut dan Pasukan Khas Udara yang diletakkan dalam status operasi 24 jam.
Tugas BOPKP adalah melaksanakan operasi awalan yang bertujuan membendung dan mengawal situasi sebelum operasi berskala besar dilaksanakan. – UTUSAN