Saya tidak akan bertanding dalam PRU15 - Musa Hassan - Utusan Malaysia

Saya tidak akan bertanding dalam PRU15 – Musa Hassan

MUSA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau dalam masa yang sama menegaskan untuk tidak terlibat dengan mana-mana parti politik walaupun pernah dilihat menghadiri majlis anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini.

Malah, seandainya ada tawaran membabitkan mana-mana parti sekalipun, beliau tidak teragak-agak untuk menolak.

“Saya tiada musuh dengan sesiapa dan sehingga kini saya tidak terlibat dengan mana-mana parti politik.

“Sebenarnya, kalau kita nak masuk politik susah untuk kita betulkan sesuatu. Kita perlu sokongan ramai kalau mahukan perubahan.

“Kalau jadi ahli politik dan kita sahaja yang bersuara orang lain diam, susah juga. Walau apapun, kalau ada tawaran saya akan tolak,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Bagaimanapun Musa berkata, sekiranya ada pihak yang mempelawa beliau mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau kumpulan tertentu dengan teras perjuangan yang kukuh,  beliau akan menyertainya.

“Saya akan masuk dan membentuk satu suara yang lantang, lagipun semua parti politik ini semuanya sama sahaja. Sebelum dapat kuasa cakap dan janji macam-macam.

“Tapi apabila dapat kuasa, lain pula jadinya. Manusia nak tahu sama ada mempunyai integriti atau tidak tunggu apabila dia dapat kuasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya