Saya terima mana-mana kawasan diberi - Khairy

Saya terima mana-mana kawasan diberi – Khairy

KHAIRY Jamaluddin dalam sidang akhbar perkembangan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.- UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sedia menerima mana-mana kawasan baharu yang ditentukan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu turut memaklumkan kesemua keputusan berkenaan calon PRU-15 akan diumumkan tidak lama lagi.

“Tak tahu lah, saya rasa semua keputusan berkenaan dengan calon pilihan raya akan diumumkan tidak lama lagi nanti, biarlah diumumkan pucuk pimpinan parti. 

“Saya terima mana-mana kawasan yang diberikan kepada saya,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar perkembangan Covid-19 di sini hari ini.

Terdahulu Khairy diminta mengulas mengenai namanya yang tidak berada di dalam senarai calon BN di Negeri Sembilan tetapi bakal bertanding di Parlimen Sungai Buloh.

Kelmarin, media melaporkan Menteri Kesihatan itu hampir pasti disahkan sebagai calon untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU-15.

Sebelum ini Khairy mengumumkan memberi laluan kepada Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk bertanding di Parlimen Rembau sekali gus menjadi teka-teki kerusi mana yang bakal ditandingi olehnya pada PRU15 kali ini.

Dalam perkembangan berlainan, Khairy yang juga Menteri Kesihatan berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menghantar syor-syor berkaitan prosedur operasi standard (SOP) pada hari pengundian kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, SOP berkenaan hari pengundian tersebut akan diumumkan SPR.

“Soal hari mengundi kita dah hantar pandangan atau syor KKM kepada SPR, biar SPR yang umumkan, tapi syor itu adalah untuk menentukan proses pengundian dapat dijalankan dengan selamat dan dapat dibuat untuk semua,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya