Saya tak mahu overshadow rakan pengacara - Sarimah Ibrahim - Utusan Malaysia

Saya tak mahu overshadow rakan pengacara – Sarimah Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMUNCULAN semula Che Puan Sarimah Ibrahim di pentas Gegar Vaganza (GV), baru-baru ini mengujakan ramai pihak. 

Ramai yang mula bertekateki dan tertanya-tanya, adakah ini bayangan awal penyanyi ini akan melancarkan single baharu tidak lama lagi. 

Selain menerima pujian kerana masih boleh menyanyi dengan baik walaupun sudah tidak aktif dalam bidang seni suara, ramai peminat teruja dan tertanya-tanya, apakah rahsia kecantikannya? 

Namun, mana mungkin pujian datang tidak berselang kecaman. Ada yang mendakwa, Sarimah terpaksa tone down pengacaraannya dek status Che Puan. Jawablah mendapatkan penyanyi Kini Kau Tiada ini. Betul ke Che Puan?

RAMAI yang teruja apabila Sarimah beraksi di pentas GV, baru-baru ini. Rindu sangat nak melihat Sarimah. Teruja tak untuk mengacarakan GV?

Astro adalah tempat saya bermula. Teruja itu mesti ada. Kita kembali ke tempat asal, bertemu kawan-kawan dan kru produksi. Teruja dari segi banyak aspek. Saya sudah empat tahun tidak beraksi di pentas yang besar, jadi rindu dan cinta itu membuak-buak apabila ditawarkan sebagai pengacara GV, minggu lalu. Lebih-lebih lagi dapat beraksi bersama Elly Mazlein. Dua-dua ‘masuk air’. Jadi, memang seronok sangat. 

Adakah disebabkan persembahan pada GV minggu lalu, Sarimah mengambil kelas vokal dan persembahan dengan Damian Mikail? Persediaan rapi mungkin? 

Kami sebenarnya banyak berkolaborasi sebelum ini. Lebih-lebih lagi apabila tahu perlu menyanyi secara langsung, semestinya saya perlu buat persediaan rapi. Saya mahu beri 100 peratus yang terbaik. Damian juga seorang guru vokal. Jadi, sebagai penghibur, saya perlu ada disiplin dan hormat siapa tuan rumah. Saya bersedia dan ‘melabur’ untuk memberi persembahan yang terbaik. Sebagai pengacara, saya tidak boleh ambil ringan dengan tanggungjawab itu. Walaupun mungkin kemunculan sekejap sahaja, perlu ada impak. Tidak boleh buat sambil lewa. 

Adakah ini memberi bayangan Sarimah akan kembali aktif menyanyi dan ada lagu baharu?

Mungkin, tetapi sekarang saya fokus kepada bidang pengacaraan dahulu. Perlu susun dengan lebih baik, terutama saya kini sudah berkeluarga dan mempunyai tugas-tugas lain. Saya juga terbuka untuk menerima tawaran pengacaraan, nyanyian dan persembahan. Saya bukan mahu cari populariti, tetapi lebih kepada menyatakan, saya masih di sini. Masih ada.

Ada dakwaan Sarimah terpaksa tone down tenaga dan jenaka di atas pentas kerana status sebagai Che Puan. 

Saya sentiasa hormat produksi dan rakan pengacara. Saya tak mahu overshadow atau ambil tempat orang. Kena ada hormat itu. Kalau kelihatan saya tone down atau lawak tidak seperti dulu, bukan disebabkan oleh status. Tetapi, kerana saya sebagai wanita matang, lebih pengalaman hidup. Saya juga seorang ibu dan isteri. Saya kena pastikan cara bercakap tidak melampaui batas. Tetapi, setakat ini, penerimaan peminat, Alhamdulillah positif. 

Ramai puji penampilan Sarimah. Nampak seperti gadis 20-an. Apa tips kekal muda?

Saya sangat ketagih dengan senaman. Di mana saya berada, mesti dalam sehari satu jam saya akan bersenam. Tidak kira waktu. Walaupun pulang lewat pagi, Untuk kekal muda, kita perlu tengok gaya hidup. Bukan sebab banyak duit. Tidak semua yang banyak duit itu cantik. Ada juga yang cantik, tetapi mungkin mereka tidak banyak duit. Paling penting, dalaman. Perlu jaga kesihatan mental dan rohani. Tidak boleh sentiasa tertekan, risau dengan pandangan orang lain. Itu akan menjejaskan kesihatan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya