PETALING JAYA: DAP mempunyai calon sesuai untuk mencabar bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, tidak timbul soal calon yang bertanding di Parlimen itu nanti kerana parti tersebut akan tetap mempertahankan kerusi berkenaan. “Soal itu tak timbul. Kita ada calon yang sesuai. Sudah tentu kita akan mempertahan kerusi Parlimen Bentong, tetapi saya sudah ada kerusi untuk bertanding,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Kelmarin akhbar ini melaporkan, penduduk Pekan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya