SAHOCA lancar logo 50 tahun - Utusan Malaysia

SAHOCA lancar logo 50 tahun

DR. Mahathir Mohamad (duduk tengah) menjadi tetamu kehormat dalam majlis pelancaran logo baharu Sahoca di sini malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) melancarkan logo baharu sempena sambutan 50 tahun pertubuhan tersebut.

Presidennya, Mirzan Tun Mahathir berkata, majlis makan malam ini juga merupakan kali pertama negara memasuki fasa endemik daripada pandemik akibat penularan Covid-19.

“Kali terakhir malam SAHOCA dianjurkan adalah pada 2018. Selepas itu semua perancangan aktiviti SAHOCA Kuala Lumpur (KL) dibatalkan disebabkan pandemik Covid-19.

“Sejajar dengan pengalaman dan peristiwa yang kita lalui beberapa tahun dan dekad yang lalu, tema malam SAHOCA 2022 adalah ‘Nostalgia meniti harapan,” katanya ketika berucap pada majlis itu di sini malam tadi.

Logo yang diberi nama ’50 Years of Camaraderie’ itu disempurnakan oleh Presiden sepanjang hayat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut hadir sama adalah isteri bekas Perdana Menteri itu, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Dalam majlis sama, SAHOCA KL turut meraikan para pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama negara.

Tiga anugerah disampaikan pada malam semalam iaitu pelajar KSAH yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan anugerah cemerlang di dalam kokurikulum peringkat Kedah atau Malaysia.

Mirzan berkata, pemberian tiga anugerah tersebut bertujuan untuk menyuntik semangat untuk belajar di dalam kalangan pelajar-pelajar KSAH bagi mencipta kecemerlangan.

“Ia sebagai galakan dan ransamgan kepada para pelajar KSAH untuk terus cemerlang dalam akademik serta kokurikulum di masa akan datang,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya