RM2.6 bilion untuk Felda, Felcra dan Risda

[BAJET 2023] RM2.6 bilion untuk Felda, Felcra dan Risda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan RM2.6 bilion dalam Bajet 2023 kepada Felda, Felcra dan Risda sebagai antara agensi utama yang mengawal selia aktiviti komoditi di negara ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, dasar Agrikomoditi Negara 2030 menyasarkan kawasan bertanam getah sekurang-kurangnya 1.1 juta hektar menjelang 2030. 

Katanya, bagi mencapai sasaran ini, sebanyak RM315 juta disediakan untuk melaksanakan Program Pembangunan Kawasan Bertanam Getah Pekebun Kecil bagi menggantikan pokok getah tua yang tidak lagi berhasil untuk manfaat 387, 000 pekebun kecil.

“Selain itu, Program Pembangunan Semula Hasil Baharu turut dilaksanakan bagi menggalakkan pekebun kecil meneroka pendapatan baharu selain getah seperti tanaman makanan jangka pendek dengan peruntukan RM40 juta.

“Program Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) telah berjaya meliputi 98 peratus kawasan penanaman sawit. Kerajaan menyediakan RM70 juta bagi terus menambah baik tahap kelestarian industri sawit.

“Ia termasuk menggalakkan kitaran semula bahan sisa sawit. Kerajaan juga akan mempergiat usaha mempromosi dan Kempen Menangani Antiminyak Sawit di peringkat global,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya