RM118 juta selenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera 

[BAJET 2023] RM118 juta selenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan memberi jaminan untuk terus menjaga kebajikan pasukan beruniform tanah air dan para pesara termasuk memperuntukkan RM118 juta menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT). 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan juga bercadang untuk membina RKAT baharu pelbagai kelas di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang selain 12 projek pembinaan RKAT yang sedang berjalan.

“Peruntukan sebanyak RM42 juta juga akan diberikan untuk membaik pulih dan menaik taraf kuarters kediaman PDRM, RM28 juta sebagai peruntukan 2023 bagi meneruskan tiga projek pembinaan kuarters di bawah Jabatan Penjara antaranya di Pusat Koreksional Labuan dan Akademi Koreksional Malaysia.

“Kerajaan juga akan memberi 50 peratus diskaun ke atas pengangkutan awam di bawah kendalian Prasarana kepada 21 ribu pemegang kad veteran ATM dan kad pesara Polis di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya